Cenderamata utk VVIP

Hari ni aku nak berkongsi ttg cenderamata utk VVIP pula... Aku bajet utk VVIP dlam 50 org dimana VVIP ini terdiri daripada keluarga belah En Tunang aku... So.buat ms ni aku akan tunjukkan beberapa cadangan cenderamata yang nak aku bg..tapi bajet harga belum survey lg.. hehehe..


Ini adalah cadangan paper bag yg aku berkenan..simple dan tak serabut.. aku pilih warna putih gold coz semua masuk..tak la lari tema sgt kan klu dibuat saat akhir aku terbekenan ngan warna lain..









Ini pula bunga telur yang mmg aku cadang nak buat sendiri.. ada la skill skit.. huhuu..dah praktikkan pun sblm ni.. atas ni ada dua pilihan sama ada BUNGA STOKIN atau BUNGA KRISTAL.... Dua2 aku suka.. kemungkinan aku buat bunga stokin kot.. bunga kristal tu aku nak buat ltak kat pelamin...

Survineor seterusnya adalah bekas kayu unik ni.. mcm peti besi.. then, masukkan gula2...cantik!!!! nmpk eksklusif.. tapi aku rs mahal ni..tak pe..nnti kita survey harga dia.. but i really like this box!!!!

Takkan semua barang je kan...nak gak ada makanan.. so, cdgn aku nak masukkan muffin ni dalam survineor tadi.. aku ingat nak order je mcm ni and then masukkan sendiri dlm beg plastik bercorak... rasa2 lg jimat tak????..

So, kepada kwn2 yg terajin nak baca blog aku ni..klu kaorang ada idea atau nak bg pendapat..sila kan.. apa pun aku mmg perlukan idea dr semua org.. thankz...

Pelamin Idaman...

Pelamin Idaman..setiap bakal pengantin pasti mahukan perkahwinannya berjaya..
Begitu juga aku..aku mengidamkan sebuah perkahwinan yang meriah dan tidak mudah utk dilupakan smpai bila2.. Baru2 ni akutlh terbaca satu blog ttg kwn2 yang tlh menubuhkan satu blog ttg persedian perkahwinan mereka..

Blog yang mereka buat sungguh menarik perhatian ku sehingga membuatkan aku sedar bahawa aku juga perlu melakukannya seperti mereka utk menjayakan perkahwinan ku kelak..

Hari ini aku nak buat pilihan ttg pelamin idamanku..hehehe...

actually sebernanya sblm ni aku tak tau nak pilih tema apa..buntu aku memikirkannya..tapi setelah difikir2kan dan dipertimbangkan serta pendapat2 dari blog2 kwn2 td... akhirnya utk selamat aku memilih tema merah putih utk pelaminku.. dimana ia dikatakan adalah pilihan paling selamat buat yang mmg mata keranjang seperti aku ni...hehehe

Pilihan 1: Merah Putih
So, inilah antara pelamin idamanku.. Menggunakan bunga segar ros merah...

Cantik sangat!!!!


















Tetapi aku ada dua pilihan sama ada Pilihan 1 td atau Pilihan 2 ni... kedua-duanya cantik dan aku perlukan pendapat korang yg mana satu aku harus pilih...

Pilihan 2 : Gold Putih





Ini plak pelamin ke 2.. Tema putih gold putih. yang ni nmpk mewah... dan bila pkai baju semua masuk.. so..tak la risau sgt klu baju nnti tak sm ngan pelamin kan.. hehehe..